Cara Kira Peratus: Langkah Pengiraan (dan Contoh)

Pernahkah anda dengar perkataan peratus?

Dalam post ini, kita akan bincangkan cara kira peratus dengan teliti. Contoh-contoh juga disediakan.

Tidak dinafikan perkataan peratus itu sering diucapkan oleh anak-anak sekolah bahkan orang yang telah bekerjaya, tapi anda tahu tak maksud sebenar peratus itu dan pernah tak anda terfikir tentang kegunaan peratus dalam kehidupan seharian anda.

Haaa, kalau anda belum tahu definisi dan kegunaan peratus, mari kami terangkan serba sedikit mengenai peratus.

Sebelum itu, anda boleh menambah ilmu sedikit dengan membaca kegunaan peratus yang kami tuliskan di bawah, okey.

Kegunaan Peratus

Antara kegunaan peratus dalam kehidupan seharian adalah ia banyak digunakan dalam bidang perniagaan.

Contoh mudah yang boleh kami berikan adalah di pusat membeli belah, kebanyakan kedai akan menggunakan perkataan peratus untuk memberitahu bahawa mereka membuat diskaun di kedai mereka. Sebagai contoh, diskaun pakaian sebanyak 15% terhad hanya pada hari ini.

Selain itu, perkataan peratus juga banyak digunakan di pusat pembelajaran/pendidikan tau di mana ia digunakan untuk memberitahu nilai markah peperiksaan.

Untuk yang pernah bergelar pelajar, mesti pernah mendapat markah peperiksaan dalam bentuk peratus kan. Sebagai contoh, markah kertas Bahasa Melayu peperiksaan percubaan SPM Razzaq ialah 86% bersamaan dengan Gred A. 

Definisi Peratusan

Sewaktu anda di alam persekolah dulu, tak kiralah sekolah rendah, sekolah menengah atau universiti, mesti anda sering mendengar perkataan peratus kan. Tapi kadang-kadang kita tak tahu apa definisi peratus ni kan. Haa, mari kami berikan definisi peratus untuk menambah kefahaman anda.

Asasnya, peratus ialah cara untuk anda menyatakan nombor sebagai pecahan 100 (peratus bermaksud per seratus) dan selalunya peratus ini dilambangkan dengan tanda peratus %. Contoh mudahnya adalah seperti 80% bersamaan dengan 80/100 atau 0.80.

Selalunya, peratusan digunakan untuk menunjukkan atau memudahkan anda untuk mengetahui besar atau kecil satu kuantiti itu dengan kuantiti yang lain. Sebagai contoh, 80% adalah lebih besar daripada 70 %.

80 % > 70%

Cara Mengira Peratusan

Sekarang anda dah tahu definisi peratus kan, sekarang kita lihat pula cara-cara untukmengira peratusan. Mengira peratus ni adalah kemahiran matematik asas tau, tak kira anda sedang mengikuti pembelajaran atau menjalani kehidupan seharian. Setiap orang pasti pernah melihat symbol peratusan walaupun mereka tidak tahu cara untuk mengiranya. Tapi tak mengapa, di artikel ini kami akan menunjukkan cara-cara untuk mengira peratusan supaya anda lebih faham okay. Jadi, ada beberapa langkah untuk anda mengira peratusan seperti;

  1. Yang pertama, korang tentukan jumlah atau jumlah keseluruhan.
  2. Kedua, anda harus bahagikan nombor yang akan dinyatakan sebagai peratus dengan jumlah kesuluruhan.
  3. Terakhir, gandakan nilai yang anda dapat di langkah kedua dengan nilai 100 untuk mendapatkan peratus.

Untuk memudahkan anda, kami akan sediakan beberapa contoh mudah agar anda dapat memahaminya dengan jelas. Lihat contoh di bawah.

“Katakan anda mempunyai 20 buah buku cerita. Sekiranya 6 daripada buku cerita anda adalah buku cerita Bahasa Inggeris, berapakah peratus buku cerita Bahasa Inggeris yang anda ada? Dan berapakah peratus buku cerita Bahasa Melayu anda?”

  1. Gunakan jumlah buku yang ada iaitu sebanyak 20 buah.
  2. Seterusnya, bahagikan bilangan buku cerita Bahasa Inggeris menjadi jumlah keseluruhan: 6/20 = 0.3
  3. Gandakan nilai yang anda dapat (0.3) dengan 100 untuk mendapatkan peratus: 0.3 x 100 = 30% buku Bahasa Inggeris.

Nota tambahan: Untuk menentukan peratus buku cerita Bahasa Melayu pula, anda mempunyai dua cara. Dua-dua cara adalah mudah untuk difahami. Lihat cara pengiraan peratus buku Bahasa Melayu di bawah.

Cara Pertama

Anda ambil jumlah peratus(100%) dan tolak dengan jumlah peratus buku cerita Bahasa Inggeris: 100% – 30% = 70% buku cerita Bahasa Melayu. Ini adalah langkah yang paling mudah untuk anda cari peratus buku cerita Bahasa Melayu.

Cara kedua

Gunakan 3 langkah yang dinyatakan di atas, cumanya anda perlu mencari jumlah buku cerita Bahasa Melayu terlebih dahulu. Jumlah buku tolak jumlah buku cerita Bahasa Inggeris = Jumlah buku cerita Bahasa Melayu. (20 – 6 = 14). Jadi, peratusan buku cerita Bahasa Melayu adalah 14/30 x 100 = 70%.

Cara Kira Peratus Keuntungan

Anda tahu kan yang peratus ni banyak digunakan di dalam perniagaan. Jadi selalunya orang-orang berniaga akan mengira keuntungan dan kerugian perniagaan mereka dalam bentuk peratusan.

Sebab mereka mengira keuntungan di dalam peratus adalah untuk membantu mereka mempersembahkan sesuatu maklumat dengan mudah dan menarik kepada orang lain seperti pelabur dan pelanggan.

Sekiranya anda adalah seorang peniaga atau ingin memulakan perniagaan, anda harus tahu cara nak mengira keuntungan perniagaan anda di dalam bentuk peratus.

Jadi hari ini, kami akan menunjukkan cara mengira peratus keuntungan untuk menambahkan kefahaman anda. Ada beberapa langkah untuk mengira keuntungan dalam bentuk peratus.

  1. Untung perniagaan anda dibahagikan dengan harga kos dan hasilnya anda DARABkan dengan 100%.
  2. Tulis formula mengira peratus keuntungan yang ada di langkah 1.
  3. Terlebih dahulu, anda cari nilai UNTUNG dan HARGA KOS, lalu masukkan hasil yang anda dapat ke dalam formula.
  4. Mulakan dengan pengiraan BAHAGI
  5. Lalu selesaikan dengan pengiraan DARAB.
  6. Hasil yang anda peroleh daripada langkah tersebut merupakan peratus keuntungan.

Nota tambahan: untuk memudahkan kefahaman anda, mari kita lihat beberapa contoh mudah mengira peratus keuntungan.  

Contoh 1

Harga kos sebuah kalkulator biasa adalah RM 35. Harga jual kalkulator biasa tersebut  adalah RM 50. Kira peratus keuntungan.

cara kira peratus contoh 1

Peratus Keuntungan

(RM 15 x 100%) / RM 35 = 43%

Contoh 2

Razzaq merupakan seorang pemilik kedai alat tulis, pada bulan Mac dia membeli 1000 batang pen dakwat basah dengan harga RM 1.50 sebatang dan pen 1500 pen dakwat kering dengan harga 0.80 sebatang.

Razzaq menjual pen dakwat basah dan kering tersebut masing-masing dengan RM 3.00 sebatang dan RM 1.50 sebatang. Dia menghabiskan RM 800 untuk caj-caj lain. Apakah keuntungan dalam peratus yang diperoleh oleh Razzaq?

Penyelesaian:

cara kira peratus contoh 2.1

1. Cari untung terlebih dahulu:

Jumlah jualan – jumlah kos = Untung

cara kira peratus contoh 2.2
cara kira peratus contoh 2.3

Untung= 5250 – 4200 = 1050

2. Seterusnya kira peratusan keuntungan

Untung % = (Untung/jumlah kos) *100

(1050/4200) *100 = 25%

Kesimpulan

Haa, jadi itulah cara untuk anda kira peratus keuntungan sama ada dalam kehidupan seharian atau dalam perniagaan anda. Mudah bukan?

Bukan itu sahaja, melalui artikel ini juga anda juga dapat mengetahui pelbagai kegunaan peratus dalam kehidupan anda.

Selepas ini, kalau orang lain bertanya mengenai cara mengira peratusan, anda bolehlah terangkan kepada mereka dengan lebih jelas.

Semoga semua maklumat yang kami kongsikan ini bermanfaat untuk anda semua ya.

Lihat juga: cara kira BMI